February 18, 2010

Siapa mak cik ni nak persoalkan undang-undang yang Allah buat?


Tindakan Jabatan Penjara merotan tiga perempuan Islam atas kesalahan mengadakan persetubuhan haram dianggap satu diskriminasi terhadap wanita.

Sisters in Islam (SIS) mendakwa tindakan merotan itu mencabuli hak sama rata dan tiada diskriminasi yang dijamin oleh perlembagaan kerana wanita tidak boleh disebat menurut Seksyen 289, Akta Kanun Jenayah.

Dalam kenyataan akhbarnya hari ini, Pengarah Eksekutif SIS Hamidah Marican (kiri) berkata memandangkan beberapa isu syariah berhubung perlaksanaan hukuman seperti kes Kartika Sari Dewi Shukarnor yang masih belum selesai, tindakan kerajaan itu dipertikaikan.

“Dengan melaksanakan hukuman itu, secara tidak langsung, ia menggambarkan kerajaan cuba menyembunyikan layanan tidak adil dan memalukan ini daripada pengetahuan umum, katanya

......

SIS menggesa Menteri Pembangunan Wanita, Keluaraga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (kanan) untuk segera bertindak bagi mengatasi masalah yang timbul akibat hukuman merotan itu dan juga kes Kartika.

Kerajaan juga, menurut beliau perlu mengkaji semula sebatan sebagai satu bentuk hukuman kerana ia mencabuli prinsip hak asasi manusia antarabangsa yang menganggap merotan sebagai hukuman yang kejam, tidak berperikemanusiaan dan memalukan.

“Kajian juga menunjukkan merotan bukan hukuman yang efektif bagi menjamin kesalahan jenayah seksual atau keganasan tidak akan berulang,” katanya.

Aku pelik manusia ni. Hidup dalam bumi Allah, tapi terang-terang nak tolak apa yang Allah suruh buat. Ada ke hukuman Allah melanggar hak asasi Manusia?? Ape besar mak cik ni nak dibanding dengan Allah sampai die berani kata macam tu?? Nauzubillah.. Semoga Allah memberi petunjuk kepada dia.

3 comments:

Anonymous said...

disebabkan tak nak ikut hukum allahlah maka perkara maksiat semakin berleluasa.bertaubatlah makcik.................

paatz on February 19, 2010 6:59 PM said...

Rasulullah s.a.w., bahawa akan datang satu masa (dianggarkan masa itu ialah pada hari ini), ramai di kalangan umat Islam menjauhkan diri daripada golongan ulama (tidak mahu memperdalami ilmu agama), tindakan mereka itu sebenarnya telah mengundang kemarahan Allah, dan Allah timpakan tiga bala ke atas diri mereka, iaitu Allah akan menarik segala sumber keberkatan dalam usaha/pekerjaan yang dilakukan, mereka akan diperintah oleh para pemerintah yang zalim dan mereka akan meninggalkan dunia ini dengan tidak membawa walaupun secebis iman dalam diri mereka.

semoga pn hamidah sedar apa yang dikatakan tu...SIS2...mmm,sangat bahaya...

Roy on February 19, 2010 9:18 PM said...

Aku kesian sbnrnya tengok mak cik ni. Dia xsedar ke yang hidupkan dia tu Allah Taala. Yang bagi Udara supaya dia bernafas tu Allah Taala jugak...

Tapi mak cik ni.. menentang hukum yang Allah buat. Mak CIk, kalau nak tolak hukum Allah, Please move out from Allah Planet.. Go to your Own Planet, dan wat la undang2 ape pun makcik nak

Post a Comment

Gua sebagai pemilik blog ni memaafkan adf(nmbr ape ntah) atas kelakuannya dahulu. Wa halalkan balik. Ni sapa2 yang nak komen, komen korang atas tanggungjawab korang sendiri k.. Aku xmo tanggung apa2 dosa. guna la bahasa apa pun xpa.