Tamat 25 November 2009

Chat box

TAJUK DEBAT: Kenapa Kerajaan Persekutuan BN tergamak menarik semula peruntukkan kepada Kerajaan PR Selangor? kata 1Malaysia Rakyat didahulukan.. Rakyat di Negeri Selangor bukan Rakyat Malaysia ke yang sampai nak dengki2 tarik balik peruntukan ni. Get your own Chat Box! Go Large!
Sape PERCAYA dengan Nuffnang boleh buat Duit?? Nak RM100 Sebulan? RM1000 Sebulan?? Or LEBIH??? Boleh!! Try cuba PERCUMA dulu dengan klik iklan bawah ni dulu k..

Nizar : Muhyiddin Arah ADUN Kota Siputeh Hadir Sidang DUN Kedah

|

ALOR SETAR: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengarahkan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Kota Siputeh, Datuk Abu Hasan Sarif menghadiri sidang DUN negeri itu yang dijadualkan Selasa depan.

Katanya walaupun Speaker DUN, Datuk Dr Abdul Isa Ismail menganggap wakil rakyat itu hilang kelayakan sebagai ADUN namun Barisan Nasional (BN) memegang prinsip apa yang diputuskan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), bahawa tiada berlaku kekosongan kerusi DUN Kota Siputeh dan Abu Hasan adalah wakil rakyat BN yang sah.

"Abu Hasan masih ahli Yang Berhormat secara sah dan speaker (DUN) tidak boleh menghalang beliau dari menghadiri sidang dewan itu. SPR umum tiada kekosongan dan tidak ada pilihan raya kecil, jadi apa kuasa speaker itu saya tak tahu," katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan Gunung di sini.

Muhyiddin berkata Abu Hasan harus menghadiri sidang DUN itu bagi mengetahui apa yang sedang berlaku kerana beliau masih seorang ADUN sehinggalah mahkamah memutuskan kedudukannya kelak.

Dr Abdul Isa baru-baru ini berkata beliau menyifatkan Abu Hasan bukan lagi ADUN walaupun mahkamah belum membuat sebarang keputusan mengenai kedudukan wakil rakyat itu.

Katanya Abu Hasan hilang kelayakan sejak 17 Ogos lepas setelah gagal menghadiri sesi DUN dua kali berturutturut yang menyalahi Perkara 51 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah (UTKK).

Beliau sebelum ini memfailkan permohonan semakan kehakiman terhadap keputusan SPR yang mengekalkan Datuk Abu Hasan Sarif sebagai ADUN kawasan Kota Siputeh.

Dewan Undangan Negeri Kedah akan bersidang mulai Selasa minggu depan bagi membentangkan bajet negeri 2010. BERNAMA

p/s : haha.. Muhyiddin nak lawan kuasa Speaker Kedah pulak ke ni... BN ni, sume speaker2 PR die nak libas... Cuba kalau speaker die kena kacau, msti puak2 tu kata PAKATAN RAKYAT XTAHU UNDANG2, NAK PORAK PERANDA KAN DEWAN.. Sekarang ko lak suh Adun BN ko lawan keputusan speaker lak.. ape la nak jadi.

Muhyiddin... Keputusan Mahkamah masih belum di putuskan, jadi sekarang dengar lah dulu ape Speaker Kedah kate, Kalau die nak gantung ke ape ke, itu hak die. Die pun dah bg tau kenapa Adun tu xboleh masuk dewan.. hormatlah kuasa speaker sikit.

3 comments:

dAnIeL iSkAnDaR said...

btl2..r ganesan batu nesan speaker haram perak dia backing sgt..cisss!

Anonymous said...

salammm..

speaker dewan pun satu juga.. tak payahlah kalut nak buat semakan kehakiman tu. kan ker hang speaker dewan.kan ker mahkamah tak boleh nak cross jurisdiction dewan..? kentutkan jer mahkamah tu. sama dengan SPR tu pun. dia eksekutif mana boleh campur urusan dewan(legislatif)..

Anonymous said...

Speaker Parliment pula ada kuasa untuk mengantung MP dari Puchong. Undang-undang APA INI? BN/AMNO lebih zalim dari penjajah British yang kini menjadi model utama BN/AMNO dalam merompak harata benda dan kekayaan negara ini. Tengok Budget 2010 terus terang merompak golongan yang tidak mampu dalam negara ini.

Post a Comment

AKU MENGHARAMKAN BAHLUL adf55650 DARI KOMEN KAT CNI, KALO KOMEN GAK, MEMANG MUKA XTAHU MALU! PENGECUT!

 

©2009 pakatan rakyat vs barisan nasional | Template Blue by TNB